DENGAN ramai penduduk Singapura semakin menua, orang ramai perlu mempunyai pemikiran yang betul dan positif untuk mengelakkan keretakan masyarakat yang boleh timbul daripada keperluan yang bersaing dalam kalangan masyarakat merentasi usia.
Berucap di satu acara pelancaran buku pada Selasa, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata setiap keluarga harus berhubung dan mendampingi warga emas di rumah manakala majikan perlu menyokong...





