LEBIH 150 penduduk pelbagai bangsa dan lapisan usia telah sama-sama mengayuh basikal meliputi jarak sejauh 20 kilometer sepanjang Pasir Ris Punggol, sebagai sebahagian daripada acara Ramadan Ride yang berlangsung pada lewat malam Sabtu dan berakhir awal pagi Ahad.
Acara anjuran M3@Pasir Ris-Punggol, itu antara lain bertujuan menyokong kempen SG Lebih Sihat dan menggalak masyarakat Melayu/Islam agar mencapai gaya hidup sihat...





