KUALA LUMPUR: Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) merancang bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil dalam masa terdekat bagi membincangkan isu video muzik lagu Cak Kun Cak Raya dendangan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid berkata, ia berikutan video muzik itu melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia serta menghina kemuliaan bulan Ramadan.






