SEBUAH pasukan yang, antara lain, ingin bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial untuk menambah bilangan penerima bantuan yang mereka jangkau ialah pemenang hadiah utama $500,000 bagi satu pertandingan yang diadakan buat julung kalinya untuk membasmi kemiskinan. Pasukan Inisiatif Keluarga Diperkasakan (EFI) menjadi pemenang utama pertandingan =Dreams Asia Breakthrough bagi inisiatif pembangunan mereka yang bertujuan "melabur" dalam aspirasi dan rancangan keluarga berpendapatan...






