BINTANG baru yang namanya kian mengharum di Nusantara, Anna Jobling, berharap penonton akan menilainya dari segi bakat lakonan dan bukan hanya pada penampilan jelitanya.
Anna, 23 tahun, yang ditemui Berita Harian pada acara dagangan CelebFest di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapore baru-baru ini melonjak naik nama dan kerjayanya selepas membintangi siri drama Melur Untuk Firdaus yang kini masuk musim...





