SATU-SATUNYA perpustakaan awam Singapura yang khusus buat seni persembahan - library@esplanade - akan ditutup pada 30 Jun, dengan koleksi serta programnya akan dipindahkan ke Bangunan Perpustakaan Negara di kawasan Bras Basah.
Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) berkata pada Selasa bahawa langkah itu akan membolehkan pihaknya memusatkan sumber seninya di tengah-tengah Daerah Sivik, di mana mereka bakal terletak berdekatan dengan institusi dan...






