SYDNEY: Australia mengharamkan vape rekreasi dan mengetatkan aspek lain undang-undang rokok elektronik (e-rokok) pada Selasa dalam tindakan keras terbesar terhadap industri tembakau sejak lebih sedekad untuk cuba menghentikan peningkatan yang membimbangkan berhubung penggunaan vape di kalangan remaja.
Kerajaan itu menyasarkan untuk mengharamkan semua vape pakai buang, yang selalunya datang dalam perisa buah. Ia juga mahu mengharamkan import vape bukan preskripsi...






