Kementerian Undang-Undang (MinLaw) mengumumkan pada 31 Ogos bahawa tempoh bertenang wajib selama tiga hari bekerja akan dikuatkuasakan mulai 15 September ke atas semua pinjaman tanpa cagaran – selain pinjaman perniagaan – yang diambil daripada pemiutang berlesen.
Sepanjang tempoh bertenang itu, peminjam dibenarkan membatalkan pinjaman mereka dengan kos lebih rendah.





