TEHERAN: Pakistan dan Iran mencatat “kemajuan besar” dalam rundingan bagi mencari jalan menamatkan perang Amerika Syarikat-Israel dengan Iran, termasuk usaha mencegah ketegangan lanjut dan membuka semula Selat Hormuz, menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan, Encik Mohsin Naqvi.
Perkembangan itu diumumkan pada 25 Ogos selepas Panglima Tentera Pakistan, Marsyal Asim Munir, menamatkan lawatan ke Teheran dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin kanan...





