Rebut peluang menjadi antara pelanggan terawal yang mencuba wangian terbaharu Chanel, Coco Mademoiselle Crush Absolu, menerusi satu pengalaman khas.
Wangian baharu itu akan dilancarkan menerusi pengambilalihan Alma House di New Bahru oleh Chanel, yang akan diubah menjadi sebuah kafe ‘pop-up’ khas bertema rangkaian produk, Coco Mademoiselle, bermula dari 20 Ogos hingga 13 September.





