SEREMBAN: Sebuah treler membawa muatan kereta baru remuk teruk akibat hilang kawalan di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban pada Khamis. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (AC) Nanda Maarof berkata treler yang membawa enam kenderaan jenama Proton yang belum berdaftar itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen...






