Setiap kali siren kereta bomba bergema di kawasan kejiranannya, Encik Muhammad Azfar Mazlan, yang ketika itu masih kanak-kanak akan berlari ke jendela untuk melihat kereta bomba keluar dari Balai Bomba Sengkang yang terletak bertentangan flatnya.
Dalam diam, beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi pegawai bomba yang berani menggadaikan nyawa demi menyelamatkan orang lain.





