WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata Israel tidak akan mampu bertahan tanpa sokongan Washington.
Encik Trump berkata demikian beberapa jam sebelum beliau dijadual mengadakan pertemuan penting dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di Rumah Putih yang dijangka tertumpu kepada konflik Iran, keselamatan serantau dan masa depan hubungan kedua-dua negara.





