GEORGETOWN (Pulau Pinang): Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menepis sebarang dakwaan berhubung wujudnya usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata tiada gerakan politik seperti ‘Langkah Bangkok’ atau ‘Langkah Dubai’, selain menegaskan BN kekal komited sepenuhnya untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal...





