NEW JERSEY: Tonggak utama di bahagian tengah Sepanyol, Rodrigo Hernández Cascante (Rodri), berharap generasi muda dapat mengambil iktibar daripada pengalamannya mengatasi dugaan, selepas menjulang Piala Dunia pada 19 Julai, yang melengkapkan koleksi kejuaraan utama bola sepak kurang dua tahun selepas ligamen lututnya putus.
Pemain berusia 30 tahun itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan, menyertai legenda pertahanan Jerman, Franz Beckenbauer; legenda...





