NEW JERSEY: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mencuri perhatian pada perlawanan akhir Piala Dunia 2026 apabila beliau bukan sahaja disambut dengan ejekan para penyokong, malah kekal berada di pentas ketika pemain Sepanyol meraikan kejayaan menjulang trofi selepas menewaskan Argentina 1-0.
Trump, yang hadir bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, menerima sorakan bercampur-campur sebaik melangkah masuk ke padang...





