Meskipun dibayangi kontroversi seperti visa pemain dan pegawai yang tidak diluluskan atau layanan media berat sebelah terhadap pasukan tertentu, Piala Dunia Fifa 2026 tetap digelar ‘terbaik dalam sejarah’ sepanjang hampir seabad penganjurannya, menurut beberapa pakar dan pengulas.
Kejohanan edisi ke-23 itu melabuhkan tirainya apabila juara baharu dinobatkan awal pagi tadi (waktu Singapura), iaitu selepas waktu cetakan akhbar ini.





