Bunyi alunan piano yang dimainkan anak penggiat seni dan pendidik tempatan, Asnida Daud tujuh tahun lalu telah membawanya kembali kepada zaman kanak-kanaknya.
Begitulah titik permulaan lagu dialek Orang Laut berjudul Aok Diko, yang ditulis Asnida, apabila beliau teringat deruan ombak yang mengiringinya dan keluarga ketika sering berulang-alik ke Pulau Sudong untuk menziarahi keluarga tercinta.





