Kemenangan Barisan Nasional (BN) meraih 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 disifatkan sebagai isyarat jelas bahawa rakyat terus memberikan keyakinan kepada kepimpinan kerajaan negeri.
Naib Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Norshida Ibrahim, berkata keputusan itu bukan sekadar kemenangan besar, malah mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap rekod pentadbiran BN yang menekankan kestabilan politik,...





