Seketika aku cuba lontarkan puisi ini di tepi jalan waktu itu malah yang singgah cuma bayang kelam dan semilir angin yang tidak mahu mendingin diam
Lantas kubiarkan ia hanyut diolengi rakus laut begitu ombak meminjamkan suaranya ikan-ikan membawa ia pergi ke dasar sunyi dan suram





