WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan hasrat untuk menggugurkan Syria daripada senarai negara penaja pengganasan, menamatkan status yang dikenakan sejak 1979 dan membuka laluan kepada perdagangan, pelaburan serta usaha membangunkan semula negara yang musnah akibat perang.
Setiausaha Negara Amerika, Encik Marco Rubio, berkata Presiden Donald Trump secara rasmi telah memaklumkan Kongres mengenai keputusan itu dan ia dijangka berkuat kuasa dalam tempoh 45...





