DAMSYIK: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengumumkan negaranya akan memulangkan lebih €50 juta ($75 juta) yang dirampas daripada keluarga bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, kepada rakyat Syria bagi membiayai projek pembangunan semula negara yang musnah akibat perang.
Pengumuman itu dibuat ketika lawatan bersejarah Encik Macron ke Damsyik, yang juga merupakan lawatan pertama seorang ketua negara dari Kesatuan Eropah (EU) ke Syria...





