Langkah penyanyi muda Malaysia, Sufie Rose, menerusi pertandingan realiti, Big Stage X Rocketfuel, anjuran Astro, terhenti apabila beliau diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dalam konsert kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 5 Julai.
Sufie, atau nama sebenarnya, Sufia Arissya Suhaimi, 25 tahun, berada di kedudukan terbawah, dengan markah keseluruhan sebanyak 57.33 peratus, sekali gus tersingkir.





