NICOSIA (Cyprus): Jawatankuasa Nasional Pentadbiran Gaza (NCAG) memaklumkan pihaknya mengadakan beberapa siri mesyuarat yang disifatkan sebagai “amat produktif” di Cyprus.
Ini bagi mempersiapkan fasa seterusnya usaha mengurangkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, serta merangka pelan pembinaan semula wilayah itu selepas perang.





