Sewaktu membesar, Puteri Ellysha Misham merupakan seorang yang pendiam dan lebih suka menyendiri.
Namun, selama 10 minggu – dari Mac hingga Mei – remaja itu berpeluang membina keyakinan diri sepanjang menjalankan kerjanya di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), dengan sokongan jururawat yang kini dianggap sebagai “keluarga baharunya”.





