Pelakon dan usahawan Malaysia, Amerul Affendi, bersedia mengembangkan bakat lakonan ke negara jiran iaitu Indonesia, jika berpeluang selepas drama Good Boys Go To Heaven yang dibintanginya, mencetuskan fenomena.
Amerul, atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 39 tahun, yang membawa watak Inspektor Kamal Hussaini dalam drama itu, turut mendapat gelaran ‘Inspektor Kismis’ dalam kalangan pengguna media sosial, sekali gus...





