Kerajaan Malaysia bersetuju melanjutkan perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity, bagi meneruskan usaha pencarian dasar laut pesawat MH370 yang hilang secara misteri lebih sedekad lalu, di selatan Lautan Hindi bagi tempoh setahun bermula 1 Julai ini.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata keputusan itu merupakan manifestasi komitmen berterusan dan tidak berbelah bahagi Kerajaan dalam memberikan penutupan (closure) yang amat dinantikan...





