Satu agensi baharu khusus bagi membantu mangsa bahaya dalam talian, Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian (OSC), mula beroperasi pada 29 Jun, sekali gus menyediakan saluran lebih pantas bagi mangsa mendapatkan perlindungan dan bantuan.
Melalui hantaran di media sosial pada 28 Jun, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, berkata penubuhan OSC seiring dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (Bantuan dan Kebertanggungjawaban)...





