Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bertekad mempertahankan kerusi yang disandangnya sambil mengingatkan tiada pertandingan boleh dianggap mudah kerana apa sahaja boleh berlaku sepanjang tempoh berkempen.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Nor Hafiz...





