Walaupun masih menantikan proses permohonan kerakyatan Singapura dimuktamadkan, pemain pertahanan Cardiff City, Perry Ng, tidak pernah menyembunyikan betapa istimewanya Singapura di hatinya.
Bagi pemain berusia 30 tahun itu, impian untuk menyarung jersi kebangsaan Singapura bukan sekadar cita-cita beraksi dalam padang, sebaliknya lahir daripada ikatan yang lebih mendalam membabitkan keluarga, warisan serta rasa kekitaan yang semakin utuh setiap kali beliau pulang...





