Dalam kesunyian malam, tatkala ramai mula melenakan mata di beberapa kawasan sekitar Singapura, sekumpulan penunggang ‘basikal’ kuasa bateri mula berhimpun.
Tujuan mereka adalah untuk berlumba dan menguji kelajuan maksimum 'basikal’ masing-masing – dikenali sebagai alat mobiliti aktif (AMD) di sini – yang telah diubah suai dengan menelan belanja ribuan dolar untuk mengatasi had kelajuan dibenarkan undang-undang, iaitu 25 kilometer sejam...





