LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, mengadakan pertemuan penting dengan ahli politik kanan Parti Buruh, Encik Andy Burnham, pada 23 Jun ketika beliau berusaha memastikan peralihan kuasa berjalan lancar selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.
Pertemuan selama kira-kira sejam itu menjadi yang pertama antara kedua-dua tokoh sejak Encik Burnham memenangi pilihan raya kecil Makerfield minggu lalu.





