TEHERAN: Ketidaktentuan mengenai status Selat Hormuz terus mencetuskan kebimbangan sejagat apabila Amerika Syarikat dan Iran mengeluarkan kenyataan bercanggah sama ada laluan perkapalan strategik itu masih dibuka kepada kapal dagang.
Keadaan itu menambah ketegangan dalam rundingan antara Washington dengan Teheran bagi menamatkan perang yang tercetus sejak Februari lalu.





