BEIRUT/BAITULMAKDIS: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam serangan udara Israel di selatan Lebanon pada 20 Jun.
Ia berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata dengan Hezbollah dilaporkan telah berkuat kuasa, dengan pihak Israel mendakwa tindakan tersebut sebagai tindak balas terhadap bedilan projektil oleh kumpulan tersebut.





