WASHINGTON: Rundingan antara Amerika Syarikat dengan Iran bagi memeterai perjanjian menamatkan konflik Asia Barat berdepan ketidaktentuan baharu selepas Switzerland mengesahkan pertemuan yang dijadual berlangsung pada Jumaat dibatalkan.
Kementerian Luar Switzerland mengumumkan awal Jumaat, rundingan Amerika-Iran yang dijadualkan telah dibatalkan, lapor agensi berita Turkey, Anadolu Ajansi (AA).





