JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengerahkan seramai lebih 4,500 anggota keselamatan pada 17 Jun bagi mengawal beberapa siri tunjuk perasaan mahasiswa dan pertubuhan masyarakat sivil yang diadakan di beberapa lokasi utama di Jakarta.
Pasukan keselamatan itu membabitkan anggota Polis Metropolitan Jakarta, polis daerah dan balai polis tempatan dengan sokongan pasukan pengurusan demonstrasi di Jakarta Pusat.





