WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata kapal mula bergerak melalui Selat Hormuz ketika Washington dan Teheran bersedia memeterai perjanjian rasmi bagi menamatkan perang Amerika-Israel dengan Iran.
Encik Trump berkata perkembangan tersebut menunjukkan keadaan di laluan perkapalan paling penting dunia semakin stabil selepas kededua pihak mencapai memorandum persefahaman (MOU) awal untuk menghentikan konflik.





