Pergerakan Pemuda Umno Johor menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan medan pertembungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya merupakan proses demokrasi untuk membolehkan rakyat menentukan mandat baharu bagi pentadbiran negeri.
Ketuanya, Encik Noor Azleen Ambros, berkata cubaan mengaitkan PRN Johor sebagai persaingan antara dua peringkat kerajaan hanya akan mengelirukan rakyat serta mengalihkan fokus daripada isu sebenar yang...





