Mendongak ke langit cerah pagi itu, Sara meraung di dalam hatinya agar hujan turun. Bukan hujan biasa tetapi yang mencurah lebat hingga membawa banjir kilat, agar dapat menyucikan bumi daripada anasir memudaratkan dan mendesak semua agar bersurai.
Namun, tiada sedikit pun petanda bahawa itu akan berlaku. Malah, bahang mentari semakin terik dirasakan bukan sahaja di atas kepalanya, tetapi di tumit...





