BAITULMAKDIS: Pemerintah Israel dijangka meluluskan peruntukan bernilai ratusan juta dolar dalam beberapa hari lagi bagi mempercepat peluasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang didudukinya, menjelang pilihan raya negara itu pada musim luruh 2026.
Langkah itu dilihat sebagai antara peluasan terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bertujuan mengukuhkan cengkaman Israel ke atas wilayah yang selama ini dianggap masyarakat antarabangsa...





