Sebagai pengurus khidmat pelanggan di Pusat Khidmat Pelanggan OCBC, Cik Nura Shereen Nordin, sebelum ini menghabiskan banyak masa meneliti trend maklum balas pelanggan yang diterima menerusi e-mel dan media sosial, di samping mengendalikan panggilan pelanggan.
Namun hari ini, dengan pengenalan kecerdasan buatan (AI) di Pusat Khidmat Pelanggan OCBC sejak akhir 2024, daya penghasilannya telah meningkat dengan ketara.





