MANILA: Jumlah gegaran susulan selepas satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda pesisir Sarangani di selatan Filipina terus meningkat kepada 1,100 setakat 8 pagi pada 9 Jun, menurut ahli seismologi negara itu.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata gegaran susulan itu mencatatkan kekuatan antara 1.3 dengan 6.7 magnitud, sekali gus menunjukkan kegiatan seismik masih aktif berhampiran pusat gempa...





