Kandungan dan video, bukan berasal dari Singapura, yang disasarkan terhadap masyarakat India dan cuba melemahkan model kepelbagaian budaya di Singapura, merupakan percubaan untuk menegangkan hubungan antara kaum di negara ini, dan tidak mencerminkan pandangan rakyat.
Menyatakan demikian semasa Karnival Sukan Keluarga Jalan Besar di Taman Zhongshan, Balestier, pada 4 Jun, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), Cik Josephine Teo, memberikan...





