Disiplin yang tinggi serta sikap menghargai setiap peluang yang diberikan menjadi antara faktor utama yang membantu pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri, kekal relevan dalam industri seni hingga ke hari ini.
Bell, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 46 tahun, berkata beliau bersyukur kerana memahami selok-belok bidang diceburinya itu sejak bergelar pelakon kanak-kanak lagi.





