KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati tempoh perjalanan lebih lama dengan pengenalan pasport sah laku 10 tahun pada kadar RM350 ($112).
Kadar tersebut ditetapkan dalam Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Jun, khusus bagi pemohon berusia antara 18 dengan 59 tahun.





