WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Marco Rubio, berkata pemimpin tertinggi Iran, Encik Mojtaba Khamenei, masih hidup dan dipercayai semakin aktif dalam urusan pentadbiran negara itu ketika rundingan antara Teheran dengan Washington terus berlangsung dalam suasana tegang selepas perang besar Asia Barat.
Encik Rubio membuat kenyataan itu ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika pada 2 Jun.





