SHAH ALAM: Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim, masih menunggu penjelasan sebenar penerbit filem Konspirasi susulan keputusan menghentikan tayangan naskhah itu di pawagam sejak 28 Mei.
Sarimah mengaku kecewa kenyataan dikeluarkan Elepfilm Entertainment Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dilihat tidak memberikan jawapan jelas berhubung punca sebenar tayangan filem Konspirasi dihentikan.





