NEW YORK: Pasukan keselamatan Israel dan Russia telah disenaraihitamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung keganasan seksual yang berlaku dalam konflik, berdasarkan laporan yang dilihat agensi berita, AFP, pada 28 Mei.
Senarai tahunan PBB itu merangkumi puluhan negara dan kumpulan bukan negara yang disyaki terlibat “secara sistematik” dalam keganasan seksual di zon konflik sejagat, seperti Sudan, Haiti, Republik Demokratik Congo...





