ARAFAT: Lebih 1.6 juta anggota jemaah haji berhimpun di Padang Arafah pada 26 Mei bagi menunaikan wuquf, rukun kemuncak dan paling penting dalam ibadah haji, dalam suasana penuh keinsafan bagi mengejar keampunan Allah swt dan mengharapkan doa masing-masing mustajab.
Jemaah dari seluruh dunia mula meninggalkan penginapan masing-masing di Makkah seawal pagi dengan menaiki bas yang disediakan pihak berkuasa Arab Saudi...





