Badan kehakiman Singapura sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi untuk memastikan sistem perundangan kekal adil, berpatutan dan mudah untuk diakses oleh rakyat biasa.
Berucap dalam satu temu bual di Mahkamah Agung pada 22 Mei, Ketua Hakim Sundaresh Menon, menjelaskan bahawa akses sebenar kepada keadilan memerlukan usaha untuk menangani jurang dalam kesedaran awam, bantuan profesional dan jarak fizikal.





